ROM, 10 Sept – Sudah menjadi tradisi bagi pelancong melemparkan syiling ke dalam air pancut Trevi di Rom.

Namun, tidak lama lagi pelancong mungkin akan ‘kehilangan’ syiling mereka dengan cara yang lebih moden apabila memasuki kawasan air pancut itu, memandangkan ibu kota Itali itu sedang mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran masuk.

“Cadangan kami ialah memperkenalkan tiket €2 (US$2.20) untuk memasuki kawasan sekitar kolam air pancut itu,” kata ahli majlis bandar Rom yang bertanggungjawab terhadap pelancongan Alessandro Onorato, pada Isnin di media sosial.

Rom, seperti banyak bandar lain di Itali sedang bergelut dengan masalah pelancongan besar-besaran.

Pada musim panas ini, pelancongan di bandar terbabit mencatat angka tertinggi.

Venice telah bertindak balas terhadap pelancongan yang berlebihan dengan memperkenalkan bayaran masuk percubaan sebanyak €5 untuk pelawat harian.

Air Pancut Trevi adalah antara tarikan paling terkenal di Rom. Kawasan sekitar air pancut yang dibina pada abad ke-18 ini sentiasa sesak dengan pengunjung. Pelancong berkumpul di dataran hadapan kolam air dari pagi hingga malam.

“Kami mahu menjadikan lawatan ini satu pengalaman sebenar dan bukannya kesesakan pelancong yang sibuk mencari sudut terbaik untuk berswafoto.

“Tetapi kini, kami perlu memastikan bahawa pelancongan selari dengan kehidupan penduduk Rome,” kata Onorato.

Bayara  masuk ke kawasan air pancut akan kekal percuma untuk penduduk Rom.

Onorato berkata hasil kutipan tiket akan dilaburkan semula untuk melindungi kawasan itu, mengupah kakitangan keselamatan dan menguruskan aliran pelancong, sekali gus mencipta peluang pekerjaan.

Setakat ini, ini hanyalah cadangan, menurut pentadbiran bandar itu.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Rom Roberto Gualtieri berkata menurut agensi berita ANSA, ia adalah “idea yang sangat konkrit” dan sedang dikaji oleh bandar itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here