KUALA LUMPUR, 11 Sept — Pameran Kebudayaan Islam China 2024 membuka tirainya di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Bertemakan “Pempelajaran antara Peradaban untuk Kemakmuran Bersama”, pameran itu diserta kira-kira 300 wakil dari China dan Malaysia. 

Naib Presiden Pertubuhan Persahabatan Seberang Laut China (COFA) Chen Xiaojiang ketika berucap pada majlis perasmian berkata, persahabatan antara China dan Malaysia dijalinkan sejak zaman dahulu kala, sementara pertukaran dan kerjasama di kalangan agama Islam kedua-dua negara semakin rapat.

“Penganjuran bersama pameran budaya Islam China kali ini adalah hadiah istimewa sebagai sanjungan persahabatan kedua-dua negara kita. 

“Saya percaya pameran ini dapat mempererat lagi persahabatan tradisional rakyat kedua-dua negara, meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan, sekali gus mengintensifkan pertukaran dan pembelajaran antara tamadun China dan tamadun Islam,” kata Chen.

Turut hadir adalah ahli parlimen Malaysia YB Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Presiden Persatuan Islam China Yang Faming, Presiden Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA) Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan lain-lain. 

Anjuran bersama Persatuan Islam China dan MACMA, pameran tersebut akan memaparkan kehidupan golongan Islam di China dan sejarah pertukaran lawatan Muslim kedua-dua negara melalui pamaren foto, barang, karya kaligrafi China dan Arab, lukisan, serta sesi pembacaan kitab suci Al-Quran, tayangan video, persembahan kesenian dan lain-lain. 

Pameran tersebut akan berlangsung di World Trade Center Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Sept. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here