Sejak tahun 2013 hingga sekarang, perdagangan antara China dan ASEAN berkembang pada kadar 7.5% purata setiap tahun, sehingga mencecah USD911.7 bilion (RM3.95 trilion) pada tahun 2023. China kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN untuk 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN adalah rakan dagang terbesar China dalam tempoh empat tahun lalu.

Pada tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN meningkat 7.7% dengan mencatat USD552 bilion (RM2.39 trilion), iaitu menempati 15.8% keseluruhan import eksport China. Selain itu, pelaburan langsung China terhadap ASEAN di segenap aspek meningkat 15.3% dengan mencatat USD12.96 bilion (RM56.16 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here