Aktiviti kebudayaan khas meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC) diadakan di Berlin, Jerman pada Sabtu.

Bertajuk “Written in the Sky: My China Story”, aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG), Kedutaan China di Jerman, dan Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa Kementerian Pendidikan China.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata bahawa sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 PRC, aktiviti ini telah menerima lebih 1,600 surat netizen dari serata dunia yang menceritakan kisah mereka dengan China.

“Walaupun ditulis dalam bahasa yang berbeza, surat-surat itu menghantar isyarat dan rasa yang sama, dan memperlihatkan aspirasi rakyat pelbagai negara terhadap keamanan dan kesejahteraan,” kata Shen.

Beliau menyatakan bahawa aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pertukaran dalam kalangan rakyat, menggalakkan dialog antara tamadun berbeza, dan meningkatkan persefahaman sesama rakyat. 

Hampir 200 tetamu menghadiri aktiviti itu, termasuk Duta Besar China ke Jerman Deng Hongbo, Timbalan Pengarah Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa Kementerian Pendidikan China Hu Zhiping, dan pemenang Anugerah Persahabatan Kerajaan China Thomas Rabe.

Aktiviti “Written in the Sky: My China Story” juga akan diadakan di beberapa negara, antaranya Amerika Syarikat (AS), Kanada, Rusia, Australia, Arab Saudi, Mexico dan Nigeria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here