China berpendirian teguh dalam menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Serbia dan berpendapat bahawa keselamatan serta hak dan kepentingan sah kaum Serb di Kosovo patut dijamin. 

Jurucakap Kementerian Luar China berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi di Kosovo, pada sidang media pada Isnin.

Beliau menyatakan bahawa tindakan sepihak tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau. 

Pihak-pihak berkaitan sepatutnya meneruskan dialog pragmatik dan membina sehingga isu Kosovo diselesaikan untuk berkekalan, ujar beliau.

Menurut laporan, badan autonomi sementara Pristina menyerbu masuk dan mengawal jabatan kaum Serb di utara Kosovo. Pihak polis Kosovo memberkas empat orang Serb dan merampas mata wang Serbia yang disimpan di Bank Negara Serbia di utara Kosovo. Situasi di Kosovo menjadi tegang.

Dalam pada itu, Presiden Serbia, Aleksandar Vucic turut memberikan reaksi keras berhubung situasi itu melalui ucapan di televisyen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here