KUALA LUMPUR, 17 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.

Beliau berkata industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas. 

“Dalam mencapai maksud Ekonomi MADANI dan semangat Maqasid Syariah, ia mesti merangkumi hampir keseluruhan rakyat,” kata beliau pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here