Jawatankuasa Tarif Dewan Negara China mengumumkan keputusan untuk menggantung pelaksanaan dasar pengecualian tarif terhadap 34 jenis produk pertanian dari wilayah Taiwan bermula 25 Sept 2024. 

Mengulas keputusan tersebut, jurucakap Pejabat Urusan Taiwan Dewan Negara Chen Binhua berkata pihaknya menyokong keputusan tersebut.

Katanya, Tanah Besar melaksanakan dasar pengecualian tarif terhadap 34 jenis produk pertanian dari Taiwan termasuk buah, sayur, dan produk akuatik masing-masing bermula 1 Ogos 2005 dan 20 Mac 2007, berjaya membantu golongan petani dan nelayan Taiwan menerokai pasaran di Tanah  Besar sehingga memperoleh keuntungan besar. 

Namun, menurut Chen, sejak Lai Ching-te memegang kuasa pentadbiran di Taiwan, Lai berkeras mengembil pendirian “kemerdekaan Taiwan”, sering mengadakan provokasi dan menimbulkan konfrontasi, menghalang komunikasi dan kerjasama antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. 

Pada masa ini, pihak berkuasa Lai masih mengamalkan larangan pengimportan lebih 1,000 jenis produk pertanian dari Tanah Besar, dan ia menjejaskan kesejahteraan penduduk kedua-dua pantai Selat Taiwan. 

“Sehubungan dengan itu, kami menyokong penuh keputusan untuk menggantung pelaksanaan dasar pengecualian tarif terhadap produk pertanian Taiwan,” kata beliau. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here