ISTANBUL, 21 Sept – Syarikat penerbangan Turkiye, Turkish Airlines akan menghidangkan penumpangnya “roti pertama di dunia” yang diperbuat daripada gandum dihasilkan dari tapak purba Gobeklitepe yang terkenal di tenggara Turkiye, lapor Agensi Anadolu.

Gobeklitepe yang dikenali sebagai “titik sifar sejarah” merupakan permulaan penting dalam sejarah peradaban manusia.

Ahmet Bolat, pengerusi Turkish Airlines, berkata roti itu akan dihidangkan kepada penumpang dalam penerbangan ke New York City pada 22 September.

“Kami akan menghidangkan roti pertama yang diperbuat daripada gandum yang diperoleh dari rantau ini, satu daripada tapak penggalian arkeologi terpenting di negara kita, kepada penumpang kami, mempamerkan kekayaan sejarah dan warisan Anatolia kepada dunia,” kata Bolat di akaun media sosialnya.

Gobeklitepe, yang dikenali sebagai kuil tertua di dunia, telah berada dalam Senarai Tentatif Warisan Dunia UNESCO sejak 2011. Ia ditemukan pada 1963 apabila penyelidik dari universiti Istanbul dan Chicago bekerja di tapak itu.

“Air Mesopotamia, matahari Anatolia, bijirin gandum pertama tamadun telah bersatu semula selepas 12,000 tahun. Daripada syarikat penerbangan katering dalam pesawat terbaik di dunia datang roti pertama di dunia… Akan datang tidak lama lagi!,” menurut Turkish Airlines di platform X.

Terletak di Sanliurfa, Gobeklitepe telah menarik kunjungan pelawat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengenalan lawatan belon udara panas menandakan pengembangan ketara tawaran pelancongan di kawasan itu, memberikan pelawat tempatan dan antarabangsa perspektif unik tentang keajaiban arkeologi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here