Bertajuk “Written in the Sky: My China Story”, aktiviti kebudayaan khas meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC) diadakan di Abuja, Nigeria pada 17 Sept.

Presiden Kumpulan Media China (CMG), iaitu penganjur utama aktiviti tersebut, Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata  sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 PRC, aktiviti ini telah menerima lebih 1,600 surat netizen dari serata dunia yang menceritakan kisah mereka dengan China.

“Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) menyediakan peluang baharu kepada modenisasi global, dan membuka saluran baharu bagi mengukuhkan pertukaran antara tamadun yang berbeza,” kata Shen.

Beliau menambah, CMG akan berusaha meningkatkan pertukaran dalam kalangan rakyat pelbagai negara, menggalakkan dialog di antara tamadun berbeza di dunia, demi meningkatkan persefahaman sesama rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here