Tata kelola dan pembangunan berterusan di kawasan bandar yang berperanan sebagai frontier bagi pembangunan ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi,  kian menjadi fokus perhatian dunia.

“Dialog Datuk Bandar Sedunia · Hangzhou” sempena Forum Datuk Bandar Persahabatan Antarabangsa Hangzhou ke-9 bakal membuka tirai pada 25 September. Datuk bandar atau utusan mereka yang mewakili 24 buah bandar dari 15 buah negara dan kawasan, sejumlah wakil kedutaan asing di China, beserta tokoh-tokoh yang mewakili sejumlah badan berkenaan dan bandar dalam negeri akan berhimpun di Hangzhou untuk mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat tentang konsep baharu tata kelola bandar dengan sikap yang terbuka dan berpandangan jauh, dengan tujuannya terus meneroka jalan baharu demi pembangunan mampan dan melakar pencapai dalam praktik baharu.

Sempena forum tersebut, datuk bandar global akan berdialog secara mendalam tentang topik “tadbir urus bandar dan pembangunan mampan” untuk menyumbangkan kebijaksanaan kepada pembangunan kawasan bandar pada masa depan. Bidang yang akan disentuh melibatkan berkongsi pengalaman dalam tadbir urus bandar, meneliti pendekatan inovatif untuk pembangunan mampan, mempamerkan pencapaian dalam bidang tata kelola inovatif, pembangunan ekonomi digital, perlindungan ekologi alam dan pewarisan kebudayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here