KUALA LUMPUR, 28 April — Kazakhstan kini menjadi antara beberapa negara yang mampu menghasilkan vaksin COVID-19 susulan pelancaran vaksin QazVac buatan tempatan.

Kumpulan vaksin pertama dihantar pada 22 April dan telah digunakan dalam program vaksinasi Kazakhstan pada 26 April.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Kazakhstan kepada Bernama, vaksin itu akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi di Kazakhstan dan di luar negara di masa depan.

QazVac dibangunkan oleh Institut Penyelidikan bagi Masalah Keselamatan Biologi Kazakhstan, dan menurut pihak berkuasa Kazakhstan ia disenaraikan dalam daftar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

QazVac memerlukan suntikan dua dos berjarak tiga minggu, dan boleh diangkut di dalam peti sejuk pada suhu + 2-8 darjah.

Presiden Kazakhstan Kassym Jomart Tokayev mengumumkan di Twitter pengeluaran vaksin QazVac dalam negara akan ditingkatkan untuk kegunaan semua di negara itu.

Menteri Penjagaan Kesihatan Kazakhstan, Alexey Tsoi adalah antara penerima awal suntikan vaksin berkenaan pada Isnin, menurut kenyataan itu.

Sebelum melancarkan vaksin keluaran tempatan, proses vaksinasi di Kazakhstan dilaksanakan dengan Sputnik V Rusia.

Sehingga hari ini, lebih 1,000,000 orang telah menerima dos pertama mereka. Kazakhstan mempunyai populasi 18 juta orang, tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here