BEIJING, 23 Sept – Suplemen jurnal Britain, Nature iaitu Nature Index 2024 mengenai Kecerdasan Buatan (AI) disiarkan baru-baru ini.

Didapati bahawa China menyumbang enam daripada 10 institusi yang mencatat peningkatan paling banyak dari segi output penyelidikan AI dalam tempoh 2019 hingga 2023.

Data berkenaan menunjukkan output penyelidikan AI oleh Amerika Syarikat (AS) meningkat sekali ganda sejak 2019, manakala China merekodkan pertambahan sebanyak lima kali ganda.

Setakat 2023, AS kekal di kedudukan terdepan dalam penyelidikan AI, sementara jurang antara China dengan AS semakin mengecil dalam bidang berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here