Sesi khas aktiviti budaya ‘Written in the Sky: My China Story’ berlangsung di Ottawa, Kanada pada Rabu.

Aktiviti anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu dilancarkan sebagai meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC).

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan berbentuk video berkata aktiviti berkenaan berjaya menarik peserta dari lebih 60 negara untuk berkongsi kisah mereka berkaitan China menerusi surat.

Menurut beliau, pihaknya akan menggalas tanggungjawab untuk mempertingkat pertukaran sosiobudaya antarabangsa, menggerakkan dialog sesama tamadun di peringkat global dan mengukuhkan persefahaman sesama rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here