Menteri Luar China Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang berlangsung di New York pada Jumaat.

Wang berkata AS tidak boleh sentiasa memperlakukan China dengan ‘dua muka’ iaitu membendung dan menindas China dengan sewenang-wenangnya di samping menjalankan dialog dan kerjasama.

China membantah keras tindakan AS membuli China dalam bidang ekonomi, perdagangan dan teknologi.

Wang turut membentangkan pendirian China mengenai isu Laut China Selatan iaitu komited menyelesaikan pertikaian dengan negara-negara berkepentingan menerusi perundingan. 

AS digesa jangan membuat kacau-bilau di Laut China Selatan atau menjejaskan usaha negara serantau dalam memelihara kedamaian dan kestabilan perairan berkenaan.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak sependapat bahawa China dan AS perlu mencari jalan ke arah hidup bersama secara damai buat jangka panjang.

China dan AS komited terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin dua negara semasa pertemuan di San Francisco, menjalankan dialog dan kerjasama sambil mengendalikan percanggahan pendapat dengan baik bagi memastikan hubungan bilateral berkembang secara stabil, sihat dan berterusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here