Selaku Presiden yang juga Ketua Editor Asian Telegraph Qatar, Ashraf Siddiqui baru-baru ini menyiarkan stau rencana yang menyatakan bahawa pembangunan China yang pesat sangat menonjol, antaranya pencapaiannya dalam bidang pembasmian kemiskinan boleh dijadikan rujukan kondusif bagi negara membangun.

Menurut Siddiqui, beliau ketika mengembara di sejumlah tempat di China pada beberapa tahun kebelakangan ini pernah menyaksikan pembangunan tempatan yang inovatif dan berlakunya perubahan yang memberangsangkan, misalnya di Xinjiang, ekonomi tempatan berkembang maju, kehidupan rakyat menjadi semakin baik, dan peluang pelaburan bertambah banyak, hasil pembinaan infrastruktur yang moden dan sokongan kerajaan dari segi fisikal. 

“Selaku satu hab strategik dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Xinjiang telah menjadi tarikan bagi syarikat asing dari negara Teluk termasuk Qatar, khususnya yang melibatkan sektor pertanian. Banyak negara termasuk Qatar mempunyai keperluan untuk mengatasi cabaran dalam bidang keselamatan bijirin” kata beliau.

Siddiqui pernah melawat banyak perusahaan di Xinjiang dan menyaksikan inovasi teknologi memainkan peranan dalam menggerakkan pembangunan mampan. 

“China telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan penduduknya dalam masyarakat yang berbilang kaum, dan petuanya adalah melaksanakan transformasi ekonomi secara menyeluruh sambil memacu pembasmian kemiskinan tepat sasaran. Selain itu, China juga menambah peruntukan kewangan terhadap sektor perubatan dan pendidikan di kawasan kurang maju termasuk Xinjiang, dan memperkasa pembinaan agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan ekonomi dan sosial.

“Usaha berterusan China terhadap pembangunan boleh diteladani negara lain di seluruh dunia, malah boleh dijadikan rujukan kondusif bagi mereka,” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here