BEIJING, 2 Okt – China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa terhadap pemegang pasport biasa dari empat negara lagi, iaitu Portugal, Greece, Cyprus dan Slovenia demi menggalakkan pelancongan inbound. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.

“Dari 15 Oktober 2024  hingga 31 Disember 2025, pemegang pasport biasa dari empat negara terbabit boleh memasuki China tanpa visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat saudara-mara atau transit dalam tempoh masa tidak lebih daripada 15 hari, ” kata Lin.

Beliau menambah, negara-negara berkenaan juga diminta memberikan lebih banyak kemudahan bagi lawatan warga China dari segi visa. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here