BEIJING, 2 Okt – Pesawat OD634 kendalian syarikat penerbangan Malindo Air Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao di bandar Qionghai, provinsi Hainan pada 28 September lalu, sekali gus menandakan penerbangan terus antara Qionghai, China dengan Kuala Lumpur, Malaysia beroperasi secara rasmi.

Difahamkan, penerbangan itu dikendalikan pesawat jenis B737-Max8 pada Sabtu setiap minggu.

Penerbangan menuju ke China berlepas dari Kuala Lumpur pada 8:35 dan tiba di Qionghai pada 11:55, manakala penerbangan menuju ke Malaysia berlepas dari Qionghai pada 12:55 dan tiba di Kuala Lumpur pada 16:45. 

Beroperasinya laluan penerbangan Qionghai-Kuala Lumpur ini dipercayai sangat kondusif bagi pertukaran kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya.

Setakat ini, perkhidmatan penerbangan yang tersedia di tiga lapangan terbang di provinsi Hainan, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan di bandar Haikou, Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix di bandar Sanya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Boao di bandar Qionghai merangkumi 61 laluan penerbangan penumpang yang menghubungkan 32 bandar di 18 negara dan wilayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here