BEIJING, 4 Okt – Kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan dijangka akan menokok 4.2 peratus bagi tahun 2024, dan seterusnya melantun ke 4.4 peratus pada tahun 2025. 

Jangkaan demikian terkandung dalam satu laporan sukuan tentang prospek ekonomi serantau yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Ekonomi Makro ASEAN dan China-Jepun-Korea Selatan pada Khamis. 

Menurut laporan tersebut, kadar inflasi ASEAN ( kecuali Laos dan Myanmar) , China, Jepun dan Korea Selatan dijangka mencatat 1.9 peratus bagi tahun ini, menyusut sedikit daripada jangkaan yang dibuat pada bulan Julai, iaitu 2.1 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here