BEIJING, 4 Okt – Nilai tambah kluster industri utama dalam ekonomi digital China mewakili 10% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, manakala kapasiti industri pengiraan awan pula meningkat 35.5% tahun ke tahun, dengan mencatat RMB616.5 bilion (RM372 bilion). 

Selain itu, jumlah pengeluaran data telah meningkat 22.4%, menokok 32.85 ZB.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang akhbar anjuran Jabatan Penerangan Dewan Negara China baru-baru ini.

Pertumbuhan ekonomi digital yang mantap di China turut menyumbang kepada kemakmuran perdagangan digital yang berorientasikan inovasi dan pembaharuan.

Penolong Menteri Perdagangan China, Tang Wenhong berkata perdagangan digital telah menjadi trend baharu dalam perdagangan antarabangsa dan juga penggerak baharu bagi pembangunan ekonomi.

Perdagangan digital China berkembang pesat sejak 2023. Import dan eksport perdagangan perkhidmatan China dalam bentuk pendigitalan bagi separuh tahun pertama 2024, naik 3.7% dengan mencapai RMB1.42 trilion (RM856 bilion), iaitu satu rekod baharu dalam sejarah. Pada masa yang sama, import dan eksport e-niaga rentas sempadan pula direkodkan pada paras tertinggi dalam sejarah dengan menokok RMB1.22 trilion (RM736 bilion), naik 10.5%.

Sementara itu, China berjaya melipatgandakan daya saingnya dalam bidang perdagangan digital, terbukti dengan termeterainya kontrak perkhidmatan sumber luar pesisir yang bernilai US$151.36 bilion (RM640 bilion), dan pendapatan sebanyak US$16.67 bilion (RM70.6 bilion) melalui jualan permainan video dalam talian yang diterokai dan dihasilkannya di seberang laut pada 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here