Sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 yang diadakan di Beijing kali ini menyaksikan penglibatan yang paling luas berbanding semua edisi sebelumnya. Apabila topik pembangunan tersentuh pada masa sekarang, kata “China” pasti akan meniti di bibir orang. China dan Afrika sepatutnya berganding bahu membina landskap yang damai dan stabil untuk dunia ini agar kita dapat berkongsi hasil pembangunan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dalam suasana yang terbuka. Kalau kita boleh berbuat sedemikian, China dan Afrika akan berkembang maju bersama-sama, dan ini akan mewujudkan kemakmuran yang sebenar untuk rakyat seluruh dunia.

Demikian dinyatakan Presiden Namibia Nangolo Mbumba ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di sini baru-baru ini.

“Berlangsungnya forum ini bertepatan dengan sejumlah inisiatif anjuran China, seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama dan memfokuskan tempat-tempat yang memerlukan pembangunan. Ia bukan demi manfaat sesebuah negara, tetapi bertujuan mendorong pembangunan pelbagai bidang termasuk perdagangan, ekonomi, sains, teknologi dan pendidikan. Ini amat penting, maka Forum Kerjasama China-Afrika juga kelihatan mustahak dan istimewa. Kita di sini membincangkan pelbagai masalah mengenai perniagaan, perdagangan dan perlombongan serta pembangunan sumber tenaga alternatif. Pihak Afrika akan meneruskan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

“Kami bukan sahaja menjalankan komunikasi dengan Presiden Xi Jinping tetapi juga mengadakan pertukaran dengan kerajaan China, tokoh-tokoh kalangan perniagaan dan elit sains dan teknologi. Minggu ini boleh disifatkan sebagai “minggu belajar” dan juga “minggu pertukaran”. Kami membina keyakinan melalui pembelajaran dan pertukaran dan meneroka jalan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang serasi dengan ekosistem Namibia pada masa depan.” Ujar Nangolo Mbumba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here