Kumpulan Media China (CMG) menganjurkan sesi pertukaran kebudayaan meraikan ulang tahun ke-20 jalinan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Itali di Milan, Itali pada Isnin.

Turut dilancarkan adalah beberapa projek kerjasama kedua-dua negara, antaranya termasuk program televisyen dan Internet “Jambatan China-Itali”, projek kerjasama antara CMG dengan akhbar Milano Finanza dan syarikat Telespazio.

Selain itu, penyiaran program televisyen yang dihasilkan bersama CMG dengan media tempatan seperti Class Editori Itali juga secara rasmi dimulakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here