BEIJING, 17 Okt – Kementerian Luar Iran memanggil Duta Besar Hungary iaitu negara pengerusi Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa untuk menzahirkan kutukan kerasnya terhadap sekatan pusingan baharu EU.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Luar Iran, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya sekatan terbaharu yang dikenakan oleh EU dan Britain ke atas Iran. 

Jurucakap itu menyatakan bahawa sekatan tersebut tidak beralasan, tidak munasabah, selain melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau dalam kenyataan sekali lagi menafikan negaranya menyediakan peluru berpandu balistik dan dron kepada Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here