NEW DELHI, 17 Okt – Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang.

Selain itu, seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup (DR).

Menurut kenyataan rasmi, kenaikan DA dan DR itu akan berkuat kuasa secara retrospektif bermula 1 Julai. Langkah itu akan melibatkan implikasi kewangan kerajaan India lebih US$1.12 bilion setiap tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here