SIRIUS, 18 Okt – Bank Pusat Rusia menjangkakan pembayaran antarabangsa pertama menggunakan mata wang kripto akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Bank Pusat Rusia, Elvira Nabiullina, pada Khamis.

“Kami masih menjangka bahawa transaksi pertama akan berlaku sebelum akhir tahun ini.

“Terdapat minat daripada para peserta, namun memandangkan rejim undang-undang eksperimen ini berkaitan penyelesaian antarabangsa, kami menganggapnya tertutup. Kami tidak mendedahkan maklumat mengenai peserta atau jumlah transaksi,” kata Nabiullina kepada pemberita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here