Presiden Rusia Vladimir Putin berkata hubungan antara Rusia dan China dibina berdasarkan saling mendengar dan saling hormat, dan ini bukan sekadar konsensus, malah tindakan yang benar-benar dilaksanakan dalam kerjasama kedua-dua negara.

Putin berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan Kumpulan Media China (CMG) dalam sesi pertemuan dengan wakil media utama negara-negara BRICS di Moscow pada Jumaat lalu, bersempena dengan Sidang Kemuncak ke-16 BRICS di Kazan, Rusia pada 22 hingga 24 Okt ini. 

Putin menyatakan, Rusia dan China akan meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, pertanian, prasarana serta sains dan teknologi. 

Di samping itu, menurut Putin, Rusia akan menambah eksport minyak dan gas asli ke China serta memperkasakan kerjasama pertanian dengan China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here