Persidangan ke-16 Pihak-Pihak Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP16) membuka tirainya secara rasmi di Cali, Colombia pada Isnin.
Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Huang Runqiu mengumumkan perasmian COP16 dan menyerahkan tukul kayu yang menjadi lambang jawatan pengerusi bergilir kepada Menteri Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari Colombia, Maria Susana Muhamad Gonzalez.
Dalam tempoh 12 hari, para peserta akan mengadakan perundingan berkisar kepada usaha menangani perubahan iklim, sinergi melindungi biodiversiti dan sebagainya.
Persidangan berkenaan disertai lebih 10,000 wakil dari 196 negara termasuk ketua kerajaan, pegawai kanan, pakar dan sarjana serta pertubuhan sosial.