Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan, Rusia, Dialog Warga Media Negara BRICS anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan VGTRK juga diadakan pada Rabu waktu tempatan.

Presiden CMG, Shen Haixiong menyampaikan ucapan yang menyatakan harapan agar alam media negara-negara BRICS berpandukan konsep “damai, inovasi, hijau, adil dan sosiobudaya” yang diterangkan dalam ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, menyasarkan konsensus yang dicapai para pemimpin negara BRICS, dan menyuntik kedinamikan ke dalam landskap kerjasama negara BRICS melalui sumbangan dari sektor media berdasarkan persahabatan yang semakin erat.

Sehubungan itu, Shen mencadangkan agar badan media negara BRICS mengeluarkan suara bersama dalam menceritakan perjuangan demi matlamat pemodenan, di samping mendorong pembangunan bersama dan menyemarakkan nilai universal untuk mengeluarkan suara yang semakin lantang di persada antarabangsa.

Dalam sidang dialog yang bertemakan “saling belajar berdasarkan pertukaran dan berkongsi nasib” ini, pegawai dan petugas agensi media utama dari negara BRICS telah menjalankan pertukaran secara mendalam mengenai menceritakan perjuangan negara BRICS demi matlamat modeniasi serta menyiarkan berita dan maklumat ke seluruh dunia secara menyeluruh, objektif dan adil. 

Para hadirin berharap alam media negara BRICS dapat terus menjana impak sosial, memperdalam kerjasama untuk saling belajar, dan melipatgandakan sumbangan yang tersendiri kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Hadir sama, petugas media arus perdana dan wakil agensi kerajaan dari China, Rusia, Brazil, Afrika Selatan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Iran dan Belarus serta tokoh-tokoh dari kumpulan pemikir di bawah sejumlah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here