BEIJING, 26 Okt – Perkhidmatan penerbangan awam di Iran disambung semula pada pukul 9 pagi Sabtu waktu tempatan, lapor Agensi Berita Tasnim dengan memetik kenyataan jurucakap badan penerbangan awam negara itu.
Iran mengumumkan semua perkhidmatan penerbangan awam digantung susulan serangan Israel terhadap fasiliti ketenteraannya awal pagi Sabtu.