BEIJING, 26 Okt – Skala pengaplikasian dron di China terus diperluas, menurut laporan disiarkan pada satu subforum sempena Persidangan Penerbangan Persatuan Pengangkutan Udara China (CATA) edisi kedua.
Subforum mengenai penerbangan am dan pembangunan ekonomi altitud rendah menyiarkan laporan yang menyebut terdapat lebih 17,000 perusahaan pesawat tanpa pemandu (UAV) di China setakat ini dan lebih daripada dua juta UAV didaftar menggunakan nama sebenar.
China muncul sebagai pengeksport dron awam terbesar selama bertahun-tahun, menyumbang lebih 70 peratus permohonan paten global dalam sektor berkenaan sekali gus menjadi sumber teknologi terbesar di dunia.