SOFIA, 27 Okt – Pengundi di Bulgaria keluar mengundi pada Ahad untuk memilih anggota Parlimen baharu buat kali ketujuh dalam tempoh tiga tahun setengah.
Pilihan raya ini diadakan susulan tiada parti berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya awal pada 9 Jun lalu.
Tinjauan menunjukkan gabungan GERB-SDS yang pro-Barat dijangka muncul sebagai kuasa terkuat dalam pilihan raya Ahad ini.
Bagaimanapun, mereka berkemungkinan tidak memperoleh majoriti mutlak dan Parlimen Bulgaria dijangka kekal berpecah-belah.
Sekurang-kurangnya tujuh kuasa politik dijangka menganggotai Parlimen selepas pengundian Ahad ini.
Pembentukan gabungan diramal sukar seperti yang berlaku selepas pilihan raya sebelum ini.