TOKYO, 31 Okt — Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba sedang mengatur sidang kemuncak pertamanya dengan Presiden China Xi Jinping di luar perhimpunan antarabangsa pada pertengahan November, kata agensi berita Kyodo memetik sumber pada Khamis.

Perdana menteri Jepun dijangka menghadiri sidang kemuncak forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dari 15 hingga 16 Nov di Peru dan mesyuarat pemimpin Kumpulan 20 dari 18 hingga 19 Nov di Brazil.

Sidang kemuncak dua hala berkemungkinan besar akan berlangsung di Peru, kata sumber itu.

Ishiba dijangka menggesa penghantaran produk marin Jepun ke China disambung lebih awal, selepas negara itu bersetuju bulan lepas untuk secara beransur-ansur menarik balik larangan import makanan laut dari Jepun.

China mengenakan larangan itu selepas pembebasan air radioaktif terawat ke laut dari loji kuasa nuklear Fukushima yang rosak bermula pada Ogos tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here