Menteri Luar China, Wang Yi telah menerima kunjungan Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-79, Philémon Yang di Beijing pada Khamis.

Wang yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa saranan Presiden China Xi Jinping mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti, dan tiga Inisiatif Global, adalah arahan bagi China sepanjang penglibatan dalam tadbir urus dan kerja PBB, dan juga merupakan pakej penyelesaian yang bijaksana dalam menyahut cabaran bersama umat manusia. China bersedia sinergi dengan PBB bertindak untuk mengukuhkan kedudukan PBB yang berwibawa, memastikan pembaharuan tadbir urus sejagat berada di landasan yang betul dan berusaha secara berterusan untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Philémon Yang pula menyatakan bahawa PBB konsisten dalam mematuhi prinsip Satu China. Pihaknya merakamkan terima kasih atas sokongan China kepada PBB selama ini, dan yakin China akan terus memainkan peranan penting dalam bidang kerjasama yang melibatkan pelaksanaan perjanjian pada masa depan, dan mendorong pembangunan mantap, pembaharuan sistem kewangan, kecerdasan buatan dan perkembangan golongan muda.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan PBB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here