Kempen “Bulan Penggunaan Premium Bandar-bandar Pusat Penggunaan Antarabangsa China” dilancarkan pada Ahad.
Kempen ini anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG), Kementerian Perdagangan China, dan kerajaan tempatan dari bandar Shanghai, Beijing, Tianjin, Chongqing dan Guangzhou.
Presiden CMG, Shen Haixiong ketika berucap pada majlis pelancaran di Shanghai berkata bahawa Presiden China Xi Jinping amat mementingkan penaiktarafan penggunaan.
“Sejak awal tahun ini, ekonomi China terus menyaksikan pertumbuhan, manakala pembangunan berkualiti tinggi kian dipertingkatkan.
“CMG akan bekerjasama dengan pelbagai sektor masyarakat untuk menyumbangkan unsur-unsur kedinamikan dan positif ke dalam pasaran penggunaan di negara ini,” kata Shen.