KUALA LUMPUR, 7 Nov – Pusat Penyelidikan dan Pengajian Oman yang pertama bakal ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pusat itu bakal menjadi satu platform pertukaran kajian dan kerjasama akademik merentasi pelbagai bidang.

Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar berkata penyelidikan di pusat itu juga bakal meliputi warisan Islam, kajian kebudayaan, termasuk polisi dan etika dalam kajian  sejarah.

“Saya juga berharap kajian ilmiah yang akan dijalankan kelak bukan sahaja mengkaji hubungan Oman dengan Malaysia bahkan Alam Melayu di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pengajian Oman antara Pejabat Mufti Oman dan UIAM di Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini pada Rabu.

Pejabat Mufti Oman diwakili Setiausaha Agungnya Sheikh Ahmed Saud Al Siyabi manakala Osman Bakar mewakili UIAM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here