KUALA LUMPUR, 8 Nov – Teknologi baharu muncul seperti kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin serta automasi semakin pesat membentuk semula tenaga kerja global dan dalam landskap ini, keupayaan Malaysia mendahului trend itu menjadi kunci untuk kekal bersaing di persada dunia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata untuk berjaya, negara bukan hanya perlu menyesuaikan diri tetapi juga menjadi peneraju dalam kesemua bidang ini dengan memupuk tenaga kerja yang mahir dalam teknologi yang akan menentukan ekonomi masa depan Malaysia.
“Semasa kita melakukan persediaan untuk masa depan, kita perlu memupuk pemikiran dalam kalangan tenaga kerja kita yang merangkumi prinsip-prinsip belajar, tidak belajar dan belajar semula.
“Ini adalah kunci ke arah keteguhan dalam persekitaran yang sentiasa berkembang di mana peningkatan kemahiran dan pemahiran semula perlu kekal mendahului usaha kita,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2024 di sini malam Khamis.