KUALA LUMPUR, 9 Dis — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat penukaran aliran lalu lintas di persimpangan Jalan Maharajalela/ Jalan Sultan Sulaiman, di sini, pada 14 Dis ini bermula pada 12.01 tengah malam (Sabtu).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan berkata perubahan ini melibatkan aliran trafik yang datang dari arah Jalan Sultan Sulaiman dibenarkan membelok ke kiri sahaja dengan kawalan lampu isyarat.

Kenderaan dari Jalan Sultan Sulaiman pula perlu menggunakan Bulatan Sultan Muhammad untuk menghala ke Jalan Petaling/ Loke Yew/ Jalan Cheras.

Sementara itu, aliran trafik dari Jalan Kuching/ Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew/ Jalan Cheras akan dijadikan laluan ‘free-flow’ tanpa kawalan lampu isyarat di persimpangan Jalan Maharajalela/ Jalan Sultan Sulaiman.

Kenyataan itu juga antara lain menyebut laluan ‘free-flow di persimpangan ini dijangka dapat melancarkan pergerakan trafik yang menghala ke Jalan Loke Yew/ Jalan Cheras terutamanya pada waktu puncak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here