PUTRAJAYA, 3 Dis — Malaysia merekodkan kes pertama positif COVID-19 varian Omicron, membabitkan seorang pelajar dari Afrika Selatan yang menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini berkata pelajar perempuan berumur 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata individu itu telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan telah tamat menjalani tempoh kuarantin seorang diri selama 10 hari di kediaman yang disediakan pihak universiti.

Pelajar berkenaan disahkan positif bagi varian dibimbangi (VOC) itu pada 2 Dis. 

Khairy berkata individu itu telah menerima vaksinasi lengkap serta tidak bergejala dan patuh kepada perintah yang dikeluarkan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here