KUALA LUMPUR, 28 Dis  — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan  amaran hujan berterusan (WASPADA) peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan tahun depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. 

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Jan 2022.

Sementara itu, hujan lebat dijangka akan berlaku bermula 30 Dis sehingga 1 Jan pada tahun hadapan bagi di seluruh negeri Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan seperti di Tumpat, Pasir Mas, Kota  Bharu,  Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Pahang, antara kawasan yang terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Mersing, Johor.

Menurut MetMalaysia angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here