BEIJING, 10 Nov — Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan Daerah Medog di Bandar Nyingchi, Wilayah Autonomi Tibet di barat daya China, pada 1.01 tengah hari Khamis waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Menurut Xinhua, pusat gempa dikesan pada 28.35 darjah lintang utara dan 94.48 darjah bujur timur, dengan kedalaman 10 km, kata CENC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here