PUTRAJAYA, 18 Feb – Orang ramai diminta menggunakan fasiliti kesihatan berhampiran untuk rawatan kes biasa dan bukan kecemasan bagi membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Cyberjaya.

Dalam kenyataan hari ini, susulan isu penolakan pesakit di hospital itu bertarikh 10 Feb lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata Jabatan Kecemasan Hospital Cyberjaya memberi keutamaan kepada kes kecemasan dan kritikal.

Beliau berkata Hospital Cyberjaya yang mula beroperasi 11 Nov lepas, menawarkan perkhidmatan kecemasan, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Perubatan Am, Pembedahan Am, Patologi, Radiologi dan Anestesiologi. Manakala Jabatan Farmasi telah mula membekalkan ubat-ubatan mengikut perkhidmatan disediakan.

“Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan di Hospital Cyberjaya melalui Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan,” katanya.

Dr Sha’ari berkata sebarang usaha ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di hospital itu sentiasa dialu-alukan dan dipertimbangkan sewajarnya.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklum balas atau cadangan melalui Unit  Perhubungan Awam Hospital Cyberjaya di emel aduanhcj@moh.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here