GENEVA, 4 Mac – Peningkatan keganasan terhadap warga Palestin dan Israel telah memberikan kesan tragis kepada orang yang tidak bersalah, lapor Xinhua, memetik Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Volker Turk.

Tahun 2022 menyaksikan jumlah tertinggi rakyat Palestin dan Israel terbunuh, kata beliau pada sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Jumaat.

“Jumlah korban semakin meningkat mendadak, pada minggu pertama 2023 dan pada bulan yang baru berakhir,” kata Turk.

Turk berkata di luar konteks permusuhan, seramai 131 rakyat Palestin telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel sepanjang tahun lalu.

Sejak 2017, kurang daripada 15 peratus daripada kes pembunuhan sedemikian telah disiasat dan kurang daripada satu peratus kes telah menjalani proses pendakwaan.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama seramai 13 warga Israel maut termasuk tiga kanak-kanak.

Beliau menggesa pembuat keputusan dan semua pihak untuk berundur daripada konteks ekstremisme dan keganasan serta mencari penyelesaian dua negara dengan saling mengiktiraf hak sah semua rakyat Israel dan Palestin untuk hidup dalam maruah, aman dan selamat.

“Untuk keganasan ini berakhir, pendudukan mesti ditamatkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here