SEPANG, 21 Mac – Setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mesti dilengkapi kemudahan lif dalam masa setahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata ini berikutan antara rungutan yang sering diterimanya adalah berkenaan ketiadaan lif di stesen komuter yang menyusahkan pengguna terutama golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung.

“Fokus tahun ini nak menambah baik (kemudahan) lif terlebih dahulu. Semua stesen komuter kena ada lif dalam masa setahun,” katanya.

Loke berkata RAC juga telah diarahkan membuat laporan audit bersama KTMB untuk dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dengan kadar segera bagi mengenal pasti stesen yang perlu diberi keutamaan dalam penyediaan kemudahan.

Beliau berkata RAC, agensi yang menjaga aset keretapi termasuk tanah di sepanjang landasan serta mengurus tanah untuk pembangunan komersial, mempunyai kemampuan dan pendapatan untuk menyediakan kemudahan di stesen kerana memperoleh hasil daripada penyewaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here