MISSISSIPPI (AS), 27 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad mengisytiharkan darurat di Mississippi selepas puting beliung yang melanda negeri itu mengakibatkan kemusnahan dan kematian.

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas puting beliung dan ribut melanda Mississippi pada malam Jumaat.

Rumah Putih dalam satu kenyataan menjelaskan “pembiayaan persekutuan tersedia untuk mereka yang terjejas di daerah Carroll, Humphreys, Monroe, dan Sharkey” susulan pengumuman Biden itu.

Empat daerah berkenaan dilaporkan terjejas teruk akibat bencana itu, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi.

Biden telah melantik pegawai penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan, John Boyle untuk “menyelaras operasi pemulihan persekutuan di kawasan yang terjejas.

Penilaian kerosakan akan dijalankan di kawasan lain, dan lebih banyak daerah serta bantuan tambahan mungkin disalurkan selepas penilaian selesai dibuat.

Selain kematian dan kemusnahan, bencana itu juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Mississippi dan negeri-negeri berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here