KUALA LUMPUR, 27 April – Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) melancarkan kempen pengiklanan baharu bagi meraikan lebih 10 tahun sejak melabur di Malaysia untuk membangunkan industri nadir bumi.

Lynas dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kempen berkenaan membabitkan warga Lynas sendiri serta pemimpin masyarakat dengan membawa unsur kejutan bertemakan ‘Who are we? We are Lynas Malaysia’ (Siapa kita?Kita adalah Lynas Malaysia).

“Fakta yang tidak diketahui akan dikongsikan mengenai peranan penting Lynas dan kakitangannya dalam rantaian bekalan pembuatan global selama lebih 10 tahun,” menurut kenyataan itu.

Kempen berkenaan bermula semalam di semua platform media sosial rasmi Lynas dan Youtube.

Menurut kenyataan itu, Lynas akan berkongsi  pencapaian 10 tahun mereka sepanjang kempen itu sebagai pembekal kepada pengeluar teknologi yang digunakan di Malaysia, daripada kereta kepada kenderaan elektrik, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan telefon pintar. 

“Lynas telah melabur RM3 bilion dalam loji dan peralatan di Malaysia dan membelanjakan RM730 juta setiap tahun secara langsung menyokong ekonomi Malaysia.

“Lynas juga telah menyumbang kepada penciptaan lebih 4,600 pekerjaan tempatan langsung dan tidak langsung serta 99 peratus kakitangan Lynas adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Modal Insan dan Komuniti Lynas Mimi Afzan Afza berkata kempen terbaharu ini akan berkongsi peranan menarik diaminkan negara dalam pembuatan berteknologi tinggi di samping menyerlahkan penjagaan untuk orang ramai, komuniti dan alam sekitar.

“Kami amat berbangga dengan kakitangan kami, pencapaian dan sumbangan kami kepada Malaysia dan teknologi global. Peluang untuk Malaysia memimpin dan mencapai masa depan neutral karbon menjelang 2050 akan memerlukan nadir bumi,” katanya.

Beliau berkata ekosistem di Malaysia akan menarik pelabur global untuk membina kemudahan pengeluaran serta lokasi yang ideal untuk pelaburan dan menjana peluang pekerjaan baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here