KUALA LUMPUR, 14 Mei – Kemudahan tandas awam Lebuhraya Utara Selatan di Plaza Tol Bertam dan Plaza Tol Bukit Tambun bagi arah utara dan selatan ditutup mulai semalam sehingga 10 Ogos ini bagi kerja-kerja penambahbaikan. 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai alternatif, pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan kemudahan tandas awam disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian bersebelahan atau stesen minyak berdekatan.

Pengguna lebuh raya turut dinasihat merancang perjalanan, mendapatkan maklumat trafik, dengan menggunakan aplikasi PLUS atau menerusi Chatbot PUTRI.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan ketika kecemasan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here