MELAKA, 12 Ogos – Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang melibatkan 109 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 248 orang daripada 48 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Katanya 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana, iaitu Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah,  Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Lokasi lain ialah Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman,  Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here