MAKKAH, 12 Jun – Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi mengumumkan pada Selasa bahawa seramai 1,547,295 jemaah telah tiba di Tanah Suci bagi musim Haji tahun ini.

Angka terbabit merangkumi semua jemaah yang memasuki negara itu melalui jalan udara, darat dan laut setakat 10 Jun (Isnin), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Seramai 1,483,312 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 59,273 jemaah tiba melalui jalan darat, dan pelabuhan laut menerima sejumlah 4,710 jemaah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here