MANILA, 16 Jun – Filipina mencatatkan 197 kematian akibat denggi dari Januari hingga 1 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan (DOH) pada Sabtu.

DOH berkata ia merekodkan hampir 70,500 kes penyakit bawaan nyamuk dari 1 Jan hingga 1 Jun.

Menurut jabatan kesihatan, ia memantau dengan teliti jumlah kes denggi baharu setiap minggu kerana trend yang sebelum ini menurun “kini mula mendatar”.

“Ini mungkin permulaan peningkatan kes di seluruh negara, jika kita tidak mencari dan memusnahkan ‘air nyamuk’, iaitu air bertakung di mana-mana kawasan atau bekas yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi,” kata DOH.

DOH menyatakan bahawa tujuh wilayah di bahagian utara pulau utama Luzon dan selatan Filipina menunjukkan peningkatan kes denggi dalam tiga hingga empat minggu kebelakangan ini.

Pada 29 Mei, biro cuaca mengisytiharkan permulaan musim hujan di Filipina.

“Lebih banyak air bermakna lebih banyak tempat pembiakan nyamuk,” kata Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here