BEIJING, 21 Julai – Pesawat SF Airlines dengan muatan seberat 18 tan bernilai lebih RMB2 juta (RM1.2 juta) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi, wilayah Xinjiang China menuju ke Tbilisi, Georgia pagi semalam, menandakan bermulanya operasi pengangkutan kargo antara kedua-dua bandar tersebut.

Laluan penerbangan itu beroperasi untuk kegunaan import-eksport barang-barang antara kedua-dua negara termasuk penghantaran ekspres e-niaga merentasi negara dan hasil pertanian yang bercirikan tempatan dari Xinjiang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here