Dialog global bertemakan “Peluang dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu kepada Dunia” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di beberapa negara Asia, antaranya Jepun, Korea Selatan, India, Filipina, Myanmar, Turkiye, Afghanistan, Mongolia dan lain-lain, pada mutakhir ini. 

Ahli politik, pakar, ahli kumpulan pemikir, ketua syarikat, warga media, dan wakil belia dari masyarakat tempatan berkumpul bersama untuk membincangkan pengalaman dan peluang yang dibawa pembangunan berkualiti tinggi China kepada dunia khususnya negara Asia. 

Ahli parlimen Turki, Yuksel Kilinc menyatakan bahawa langkah memperkasakan pembaharuan dan mempercepat pembinaan modenisasi oleh China menjadi negara ini penstabil bagi orde antarabangsa. Beliau berpendapat negeri China yang kuat amat signifikan bagi kestabilan dan pembangunan dunia. 

Pegawai Kementerian Pemulihan dan Pembangunan Luar Bandar kerajaan sementara Afghanistan, Tawana mengatakan bahawa beliau telah melihat sistem yang lengkap, peralatan pertanian yang moden, dan teknologi pertanian yang maju di kawasan luar bandar China. Beliau berharap dapat membawa pengalaman pembangunan modenisasi China ke negaranya supaya memberikan manfaat kepada rakyat tempatan.

Naib Presiden Institut Pengajian Strategik Abad Asia Filiipina, Adolfo Q. Paglinawan menyatakan bahawa China di samping menumpukan pembangunan ekonominya, juga tidak lokek untuk berkongsi peluang pembangunan dengan dunia. Beliau berharap Filipina juga dapat memberikan sumbangan sendiri kepada hubungan dan urusan antarabangsa seperti China.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here